Badan Berkanun dan Majlis Kementerian_Industri_Utama_Malaysia

Untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut, MPIC disokong oleh enam badan berkanun atau agensi dan lima majlis. Badan-badan tersebut adalah

Lembaga Getah Malaysia

Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini.
Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Kementerian Industri Utama Malaysia (Inggeris).
Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk.
Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu.

The Malaysian Rubber Board (MRB) is the custodian of the rubber industry in Malaysia. Established on 1 January 1998, it has under its fold three well established agencies (RRIM, MRRDB and MRELB), which are now merged into one.The primary objective of MRB is to assist in the development and modernisation of the Malaysian rubber industry in all aspects from cultivation of the rubber tree, the extraction and processing of its raw rubber, the manufacture of rubber products and the marketing of rubber and rubber products.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) ialah agensi utama kerajaan yang diamanahkan dengan tugas dan tanggungjawab berkhidmat untuk industri minyak sawit negara. Lembaga ini telah ditubuhkan melalui Akta Parlimen pada 1 Mei 2000, mengambil alih fungsi, melalui penggabungan, Institut Penyelidikan Minyak Sawit Malaysia (PORIM) dan Pihak Berkuasa Pelesenan dan Pendaftaran Minyak Sawit (PORLA). Each organization had put in about twenty years of service to the palm oil industry and it is for the purpose of rendering more effective service and giving greater national and international focus to the industry that MPOB was instituted.

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) adalah badan berkanun yang ditubuhkan pada tahun 1973 melalui Akta Parlimen. Objektif utamanya ialah mempromosikan dan menyelaraskan pembangunan menyeluruh industri kayu.

Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara

LKTN adalah agensi kerajaan yang diberikan kepercayaan dengan fungsi dan tanggungjawab menguruskan industri tembakau Malaysia. Agensi ini telah ditubuhkan pada tahun 1973 untuk mentadbir, mengawal dan membangunkan industri tembakau.

Lembaga Koko Malaysia

Lembaga Koko Malaysia (LKM) adalah satu agensi penyelidikan badan berkanun persekutuan di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia (dulu dikenali sebagai Kementerian Perusahaan Utama). Ianya diwujudkan di bawah Akta Parlimen 343 pada tahun 1988 dan mula beroperasi sejak tahun 1989. Objektif utama penubuhan adalah untuk membangunkan industri koko Malaysia yang bersepadu dan kompetitif di pasaran global. Penekanan diberikan kepada peningkatan produktiviti dan kecekapan dalam pengeluaran biji koko dan peningkatan aktiviti hiliran.

Lembaga Lada Malaysia

Lembaga Lada Malaysia (MPB) ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Lada Malaysia 2006 dan dilancarkan pada 1 Januari 2007 untuk mengawal selia, mempromosi dan menigkatkan pasaran lada dan produk tambah nilai lada. Pihak Lembaga juga akan terus berusaha memodenkan, meningkatkan kecekapan dan daya saing industri lada di malaysia di samping memperbaiki sosio-ekonomi dan kesejahteraan penanam lada.

Majlis di bawah MPIC

Manakala majlis-majlis yang berada di bawah MPIC adalah

  • Majlis Minyak Sawit Malaysia (Malaysian Palm Oil Council - singkatan: MPOC)
  • Majlis Mempromosikan Eksport Getah Malaysia (Malaysian Rubber Export Promotion Council)
  • Majlis Balak Malaysia (Malaysian Timber Council - singkatan: MTC)
  • Majlis Pensijilan Balak Malaysia (Malaysian Timber Certification Council -singkatan: MTCC)
MTCC ini bertindak sebagai Badan Pentadbir Negara (National Governing Body - singkatan:NGB) dan juga Badan Pensijilan (Certification Body singkatan: CB) yang mengeluarkan sijil-sijil berdasarkan penilaian oleh penilai bebas.[1]
  • Majlis Mempromosikan Perabot Malaysia(Malaysian Furniture Promotion Council - singkatan: MFPC)
MFPC ditubuhkan pada tahun 2003 untuk mempromosikan dan membangunkan industri perabot supaya dapat mengekalkan pendapatan tukaran wang asing yang besar di dalam ekonomi negara